Kedatangan Islam Di Tanah Melayu
Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan islam ke Asia Tenggara.Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang islam yang berdagang di Tanah Melayu.Pada 1990, Agama islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah & kerajaan Islam seterusnya menurut Abdulullah Ishak. Teori & Faktor Kedatangan Islam ke Asia TenggaraAgama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui peranan pedagang Islam dari Tanah Arab, India dan China.Terdapat beberapa teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara seperti dalam jadual dibawah :-
Sesetengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.
Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
Cara-cara Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Perdagangan Pedagang dari Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan di pelabuhan Asia Tenggara seperti di Selat Melaka, Kepulauan Rempah. Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat .Sesetengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.
Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi keistimewaan. Ada diantara mereka dianugerah jawatan syahbandar , syahbandar inilah yang turut menyebarkan Islam.
Perkahwinan Perkahwinan siasah – berlaku di kalangan kerabar diraja. Di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Jambi. Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka.
Perkahwinan biasa – berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan orang tempatan. Maka islam tersebar dikalangan keluarga dan masyarakat orang yang dikahwini itu.
Bukti Kedatangan Islam Di Tanah Melayu
Penemuan arkeologi menunjukkan agama islam sudah tersebar luas di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan awal Tanah Melayu .
Selain itu,terdapat bukti yang kuat iaitu batu bersurat bertulisan jawi telah ditemui di Kuala Berang, Terengganu automatik menjadi bukti bahawa agama islam telah sampai ke Kuala Terengganu .
Batu bersurat tersebut telah ditulis dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah .
Antara isi kandungan yang tercatat di batu bersurat ialah tentant agama islam sebagai agama rasimi dan hukum hakam Islam tentang maksiat .
Batu Bersurat Terengganu
Terdapat juga sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung Inggeris, Mukim Langgar berhampiran Alor Setar, Kedah yang bertarikh 904M. Nama “Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah” tercatat pada nisan tersebut . Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebarkan ajaran agama Islam di sana .
PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU
Melaka menjadi penyebaran agama islam pada abad ke-15
Agama islam tersebar melalui perkahwinan, pendakwah,perdagangan dan kegiatan mubaligh
Ramai pembesar Melaka iaitu sultan menjadi pengaruh pada semua rakyat untuk memeluk islam
Melaka berjaya meluaskan jajahan di kawasan persisiran pantai Sumatera Utara
Kekuatan agama islam di dalam hukum kanun Melaka dan undang undang laut Melaka
Terbinanya masjid dan surau
Istana dijadikan pusat pendidikan formal
Tulisan arab jawi dijadikan dalam bahasas melayu sebagai bahasa sastera
Tulisan jawi dijadikan tulisan utama untuk membaca dan menulis
Banyak karya yang dihasilkan
Istana dijadikan pusat pendidikan formal
Tulisan arab jawi dijadikan dalam bahasas melayu sebagai bahasa sastera
Tulisan jawi dijadikan tulisan utama untuk membaca dan menulis
Banyak karya yang dihasilkan
PERJUANGAN ULAMAK ISLAM DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
PENGENALAN:
Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menetang penjajahan tidak di dokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Saudara, bila kita bicara soal kemerdekaan, pasti ianya dikaitkan dengan perjuangan orang-oarang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan dan kebebasan tanah air kita ini. Sejarah kemerdekaan yang dipelajari dan didedahkan kepada kita hari ini tidak begitu menyeluruh skopnya. Ianya dilihat hanya tertumpu dan terfokus kepada gerakan kemerdekaan yang dikaitkan dengan jasa pemimpin UMNO sahaja. Adapun sejarah panjang yang melibatkan penglibatan para alim ulama dalam menghadapi penjajahan yang begitu lama tempohnya itu seakan cuba diselindungkan dan ditenggelamkan.
Memang tidak dinafikan ada diceritakan di dalam buku teks sejarah tentang kebangkitan orang melayu menentang penjajah seperti perjuangan Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi. Tetapi saudara, timbul juga pada fikiran kita, apakah faktor utama yang mendorong kebangkitan pahlawan dan rakyat pada waktu itu?
Dari manakah hadirnya sentimen anti kepada penjajah pada waktu itu? Siapakah yang sebenarnya membentuk kesedaran rakyat untuk tidak tunduk kepada penjajah? Berdasarkan persoalan ini, kalau aku nak ulas dan bahas satu per satu, memang panjang saudara, tetapi cukuplah untuk aku mendedahkan sedikit tentang sejarah gerakan ulama dalam proses menuntut kemerdekaan tanah air kita. Yang selebihnya, saudara boleh buat pembacaan sendiri.
Saudara, penentangan terhadap penjajahan di Melaka dan negeri-negeri melayu yang lain daripada kuasa Portugis, Belanda dan Siam begitu hebat dan rancak di bawah pimpinan para ulama. Oleh kerana tempoh penentangan ini begitu panjang, ia telah menyebabkan peranan ulama dalam mendidik ummah agak terjejas sedikit yang seterusnya memberi kesan terhadap kelahiran ulama-ulama muda sebagai pewaris. Selain itu, terdapat juga ulama yang berjuang ini berakhir dengan mati dibunuh dan dibuang negeri.
Jesteru, bagi memastikan kelangsungan kelahiran ulama-ulama ini, mereka telah mengatur perancangan antaranya berhijrah ke Mekah pada akhir abad ke-17. Perlu diingatkan bahawa, penghijrahan ini bukan kerana lari kerana takut untuk berjuang, tetapi sebagai ‘long-term strategy’dalam menghadapi kuffar di tanah air. Maka ringkas cerita, strategi ini membuahkan hasil apabila lahirnya ramai ulama-ulama melayu yang dikaderkan di Mekah antaranya Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani. Selain itu, ulama-ulama melayu ini juga menggunakan kesempatan ketika ibdah haji untuk berkumpul dan meniupkan semangat anti-penjajah kepada orang melayu yang datang mengerjakan haji.
Sebab itu saudara, di Indonesia, penjajah Belanda berasa hairan mengapa setiap kali umat Islam ke Mekah mengerjakan haji, penentangan rakyat terhadap mereka semakin kuat. Lantaran itu, mereka mengutuskan Snouk Hurgronje untuk menyamar sebagai muslim bagi mengkaji peranan haji dalam membentuk ‘political awareness’ orang melayu pada tahun 1884. Ternyata saudara, di dalam kajiannya, Hurgronje mendapati peranan ulama melayu seperti Sheikh Ahmad al-Fathani inilah yang bertanggungjawab mempengaruhi jemaah haji dan para pelajar melayu di Mekah dalam membebaskan tanah air masing-masing.
TOK JANGGUT

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak muridTok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
cukai tanah
cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja’far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja’far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam
MAT KILAU

Sejarah perjuangan:-
Seorang yg mempunyai sifat pemimpin dan pemikiran yang matang. Ini menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, mat kilau , dato bahaman dan tok janggut bersatu berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas pihak british pada masa itu . Sultan yang memerintah pada masa itu lebih mementingkan darjat dan pertalian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakan di Semantan..
Pada oktober 1888, semasa tok gajah berada di pekan, Hugh Cliford ini menandakan bahawa beliau mempercayai idea-idea mat kilau. Mat kilau mempunyai bnyak pengikut disebabkan sifatnya yang jujur da tegas. Diantaranya Pawang Nong, Teh ibrahim , Mat kelubi , Mat ali(khatib), awang (imam) dan mat tahir. Mereka adalah diantara pengikut yg sanggupsehidup sematidengan mat kilau.
BURUAN BRITISH:-
Khabar menyatakan mat kilau tersiar di dalam inggeris yang diterbitkan di Singapura. The straits times dan the free press pula menyatakan bahawa mat kilau telah melawan apabila hendak ditawan. Disebabkan kejadian tersebut beliau telah cedera di muka da di kepala. Luka yang dialami oleh beliau sangat parah dan beliau telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu. Dengan tersiarnya berita kematian mat kilau oleh akhabr free press keluaran 22 oktober 1895 maka pada pendapat semua bahwa tamatlah riwayat mat kilau. Apa yang sebenarya berlaku tiada diketuai kecuali beberapa orang sahabat beliau. Diantaranya ialah Mustafa bin Awang Mat (jusoh Rimau), pendekar Tok Demali, Raja ibrahim.disebabkan mat kilau dicop sebagai “penderhaka’ oleh orag inggeris, maka Mat Kilau terpaksa berindah dari satu tempat ke saatu tempat yang lain. Akhinya beliau bermastautin di Batu 5, jalan Kuata-gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau harus menukar namanya beberapa kali dan mengguna nama Mat Siam.
KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN:-
Pada jumaat 26 dis 1669 beliau telah pergi masjid untuk solat jumaat dan mengisytiharkan dirinya Mat Kilau selepas membaca Al-Quran. Pengistiharaan beliau sebagai Mat Kilau mengejutkan orang ramai sehigga kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa sebagai penyiasat. Jawatan tersebut dibentuk pada 8 jan 1970 beberapa orang telah ditemu ramah untuk membuktikan bahawa Mat Siam adalah Mat Kilau , pada 10:30 pagi 6 Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang setelah 4 hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya. Beliautelah meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya pada ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
TOK KENALI

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan antara tokoh ulama yang banyak menyumbang jasa dalam perkembangan Islam dan menuntut kemerdekaan. Namun begitu, beliau tidak turut sama berperang mengangkat senjata, tetapi menggunakan cara yang lebih halus bagi menyemarakkan semangat kebangsaan disamping kerohanian untuk menyedarkan rakyat untuk bangkit berjuang.
Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir. Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.
Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan. Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran. Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju. Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali. Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.
Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, beliau juga pernah mengajar di Masjid Muhammadi. Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar). Sejak itu, pondok-pondok kecil banyak didirikan di sekeliling masjid dan didiami oleh pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur pada masa itu.
DATO BAHAMAN

Nama asal Dato’ Bahaman adalah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Bapanya ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menjadi Sultan Pahang, Dato’ Bahaman dilantik sebagai pembesar berdasarkan jasa bakti beliau kepada tanah air. Kehandalannya dalam ilmu persilatan tidak perlu disebut kerana memang telah diakui ramai.
Menentang British.
Perlantikan John Pickeragill Rodger dilantik sebagai Residen yang pertama di Pahang pada 1888 menandakan bermulanya campurtangan secara rasmi British dalam hal-hal pentadbirandi negeri tersebut. Dikatakan pada masa itu Sultan Ahmad terpaksa menerima campur tangan British baginda merasa terhutang budi dengan pihak British yang telah ‘membantumenghadapi pemberontakan dari adindanya sendiri. Dengan campur tangan ini, secara tidak langsung Temerloh menerima pengaruh British. J.P Rodger telah melantik beberapa orang pegawai British untuk membantunya mentadbir jajahan-jajahan. Pegawai-pegawai ini juga telah berfungsi sebagai Pemungut Hasil (collector) dan Hakim (magistrate).
Di jajahan Temerloh, E.A. Wise telah dilantik sebagai pentadbir British yang pertama. Banyak perubahan telah dibuat untuk memudahkan pentadbiran, antaranya ialah pengenalan system pentadbiran berasaskan penghulu pada sekitar tahun 1887. Walau bagaimanapun, penghulu-penghulu ini tidak mempunyai kuasa yang luas kerana ia tertakluk di bawah kekuasaan Pegawai Daerah. Peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan telah mencabar kewibawaan kepimpinan tradisional di Pahang. Peranan Raja dan pembesar-pembesar negeri dengan sendirinya telah berubah. Pembesar yang selama ini begitu berkuasa di setiap jajahan termasuk dalam soal percukaian tidak lagi berhak tanpa izin pihak British. Inilah punca tercetusnya Perang Semantan.
Pembesar Semantan ketika itu ialah Dato’ Bahaman Orang Kaya Semantan. Beliaulah yang memimpin pemberontak menentang British di Semantan menzahirkan rasa tidak puashati orang-orang Melayu. Sebenarnya ketegangan di antara Dato’ Bahaman dengan pihak British bermula pada 1890 tetapi mencapai kemuncak pada 1891. Pada bulan Disember 1890, Dato’ Bahaman telah menyatakan kemarahannya apabila Pegawai Jajahan Temerloh, E.A.Wise dikatakan mahu mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato’ Bahaman, tanpa terlebih dahulu berunding dengan beliau.
Pada Oktober 1891, British telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan dan dibawa ke rumah pasong Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris. Dato’ Bahaman bertindak menyerang pasukan British yang membawa 2 pengikutnya ke rumah pasong
Melihat perkembangan yang berlaku di Semantan, pada 21 Disember 1891, Brtish telah menghantar sepasukan askar yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud, untuk menyerang Dato’ Bahaman yang sedang bertahan di Kampung Kelubi. Askar British telah tewas dalam pertempuran di situ.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan British yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang British yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen British di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak British menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollarsetahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1981 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas permerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar- askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisihan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai Penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa die kawasan – kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orag kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih engikut kategori tersebut. Tok Gajah mempnyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang – oran Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal – hal yang berhubung dengan kawasan – kawasan di hilir sungai dan Pulau Tawar.
MAHKAMAH SYARIAH VS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Ramai dikalangan masyarakat kita mengetahui adanya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosedurnya oleh Mahkamah Syariah.Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya berkenaan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin,cerai-rujuk,hak-hak berkaitan selepas penceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa.Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.Namun dari segi perlaksanaan,kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama.Tidak dapat dinafikan undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal munahakat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.Sebelum 1988,semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-Undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang Sivil.
a)Pertunangan,nikah cerai,membatalkan nikah atau penceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b)Tuntutan ke atas harta benda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c)Nafkah orang-orang di bawah tanggungan,anak yang sah,penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d)Pemberian inter-vivos,harta sepencarian,wakaf atau nazar.
e)Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
2.PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
a)Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b)Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidak sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram,sumbang mahram pelacuran dan khalwat.
e)Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan,mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f)Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
FASAL-FASAL
Perhimpunan boleh diadakan secara aman dan mengikut akta yang dikeluarkan oleh kerajaan malaysia sendiri. Terdapat beberapa fasal yang wajib dipatuhi oleh badan-badan tertentu sebelum mengadakan perhimpunan. Berikut merupakan fasal yang wajib dipatuhi semasa mengadakan perhimpunan :
Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
KESAN PERHIMPUNAN
Pelbagai kesan yang berlaku selepas mengadakan perhimpunan dan kebanyakkan kesan tersebut adalah negatif berbanding positif. contoh kesan negatif yang berlaku adalah perhimpunan Hindraf 2007.
Sebagai konklusinya, perhimpunan boleh dilakukan dengan aman jikalau setiap individu yang menyertai perhimpunan tersebut menggamalkan sikap seperti berikut :
- hormat-menghormati
- toleransi
- bertanggungjawab
Manakala pelbagai inisiatif boleh dilakukan agar perhimpunan yang dijalankan tidak berlaku sebarang pergaduhan dan kemalangan. Antaranya ialah :
- diadakan di dewan tertutup
- setiap peserta yang menyertai perhimpunan diwajibkan menandatagani surat aku janji akan berhimpun secara aman
- setiap peserta hendaklah berfikiran rasional dan tidak terlalu mengikut perasaan semata-mata.
Malaysia juga telah membuat pelaburan dalam industry minyak dan gas di beberapa buah Negara OIC seperti di iran.
Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara Negara islam ,Malaysia telah menganjurkan musabaqah Tilawah al-Quran ( pertandingan membaca al-Quran ) pada setiap tahun.
Usaha ini diteruskan lagi dengan mengadakan program Nida UI Islam sebagai langkah untuk menyebarluaskan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Malaysia juga teah diberi kepercayaan untuk menubuhkan dan menerajui theEminent Persons Group yang bertujuan menyediakan pelan tindakan bagi membolehkan umat islam menghadapi cabaran abad ke-21.
Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat khas pada peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah pada April 2004.
Mesyuarat tersebut bertujuan membncangkan masalah di Pelstin dan Iraq.
Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah.
Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Negara-Negara anggota OIC perlu menentukan apa-apa ang hendak dilakukan bagi membebaskan ummah daripada belenggu kemiskinan ilmu pengetahuan ,harta dan sebagainya.
Perdana Menteri menggariskan sembilan tindakan yang sangat perlu dilaksanakan seperti yang berikut:-
A) Usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan Negara anggota serta rakyatnya ,iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.
B) Perlu melaksanakan langkah-langkah untuk membina keupayaan bagi membolehkan semua orang,terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya .
C) Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
D) Mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan Negara anggota secara serius sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global.
E) Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah,memupuk urus tadbir ang baik,peningkatan ketelusan dan akauntabiliti.
F) Bersungguh-sungguh menyakinkan dunia bahawa Islam ialah agama yang toleran,mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.
~THE END~
Ramai dikalangan masyarakat kita mengetahui adanya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosedurnya oleh Mahkamah Syariah.Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya berkenaan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin,cerai-rujuk,hak-hak berkaitan selepas penceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa.Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.Namun dari segi perlaksanaan,kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama.Tidak dapat dinafikan undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal munahakat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.Sebelum 1988,semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-Undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang Sivil.
MAHKAMAH SYARIAH TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN SYARIAH
1.PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAHa)Pertunangan,nikah cerai,membatalkan nikah atau penceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b)Tuntutan ke atas harta benda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c)Nafkah orang-orang di bawah tanggungan,anak yang sah,penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d)Pemberian inter-vivos,harta sepencarian,wakaf atau nazar.
e)Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
2.PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
a)Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b)Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidak sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram,sumbang mahram pelacuran dan khalwat.
e)Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan,mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f)Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH MAHKAMAH SIVIL
JENIS-JENIS HUKUMAN SEBAT YANG MEMBEZAKAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL
Sebatan sivil
Sebatan syariah
KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH
1.Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Islam negeri.
2.Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam.
Bidang Kuasa Sivil Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan:
a)Pertunangan
b)Matrimoni
c)Hak terhadap anak
d)Wakaf dan warisan harta pusaka
Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
a)Kesalahan matrimoni(berkahwin lebih daripada 4 orang isteri).
b)Tidak membayar fitrah dan zakat(baitulmal).
c)Kesalahan mengambil anak angkat.
d)Persetubuhan haram/berzina.
e)Tidak berpuasa.
f)Berjudi.
g)Jualan minuman keras.
h)Menyebarkan agama.
i)berkhalwat.
j)menyertai pertandingan ratu cantik/memakai pakaian yang menjolok mata.
KAKITANGAN MAHKAMAH SYARIAH
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
>Ketua Hakim Syariah
a)Rayuan didengar bersama-sama suatu panel.
b)Anggota panel terdiri daripada hakim mahkamah awam dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri lain.
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
>Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
>Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
>Pendakwa Agama
Mahkamah Rendah Syariah
>Hakim Mahkamah Rendah Syariah
>Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
>Pendakwa Agama
BIDANG KUASA HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH
1.Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:-
a)Kes Jenayah
i.Penjara tidak melebihi 3 tahun.
ii.Denda tidak melebihi RM5000.
iii.Merotan tidak melebihi enam sebatan.
iv.Kombinasi mana-mana hukuman di atas.
b)Kes Sivil
Pertikaian melebihi RM50 000.
2. Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:-
a)Kes Jenayah
i.Penjara tidak melebihi enam bulan.
ii.Denda tidak melebihi RM1000.
b)Kes Sivil
Pertikaian tidak melebihi RM50 000.
KESIMPULAN
Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah.Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas ,manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampur tangan oleh pihak sivil.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah .Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah,mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknyaorang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil.Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata.
Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi.Bak kata pepatah,manusia itu memusuhi apa yang tidak diketahui.
HAK HAK PERHIMPUNAN DALAM MALAYSIA: PERATURAN DAN KESANNYA
PENGENALAN
AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2011
Satu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan.
AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2011
Satu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan.
FASAL-FASAL
Perhimpunan boleh diadakan secara aman dan mengikut akta yang dikeluarkan oleh kerajaan malaysia sendiri. Terdapat beberapa fasal yang wajib dipatuhi oleh badan-badan tertentu sebelum mengadakan perhimpunan. Berikut merupakan fasal yang wajib dipatuhi semasa mengadakan perhimpunan :
Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]
Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
KESAN PERHIMPUNAN
Pelbagai kesan yang berlaku selepas mengadakan perhimpunan dan kebanyakkan kesan tersebut adalah negatif berbanding positif. contoh kesan negatif yang berlaku adalah perhimpunan Hindraf 2007.
Tujuan Hindraf menganjurkan perhimpunan ini kerana hendak menyerahkan memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II berhubung nasib malang bertimpa-timpa yang dialami oleh penganut Hindudi Malaysia semenjak zaman penjajahan British lagi. Saman itu difailkan oleh Hindraf di Britain pada 30 Ogos 2007 bagi menuntut 4 trilion paun (RM27.7 trilion) daripadakerajaan Britain sebagai pampasan kepada masyarakat India kerana membawa mereka masuk ke Malaysia sebagai buruh murah. Setelah Malaysia dimerdekakan , masyarakat India ditinggalkan begitu saja di Malaysia. Nasib dan masalah mereka diserahkan bulat-bulat kepada Malaysia yang baru merdeka.
Namun perhimpunan tersebut diadakan secara haram tanpa kebenaran kerajaan. Perhimpunan ini disertai oleh 30 badan NGO hindu di malaysia. Perhimpunan tersebut mengadakan perhimpunan pada 25 november 2007 bersamaan hari ahad. badan NGO tersebut telah memohon permit untuk perhimpunan namun gagal kerana pihak berkuasa beranggapan akan mengganggu penduduk setempat. maka mereka berpindah lokasi perhimpunan ke kuala lumpur selepas tidak dibenarkan berhimpun di jalan ampang.
4000 anggota polis termasuk 640 FRU dan 500 polis trafik ditugaskan sekitar Jalan Ampang. 3 Jalan masuk ditutup seawal 3 pagi iaitu persimpangan Jalan Ampang - Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Besar Kuala Lumpur. Sehingga 27 November 2007, seramai 136 penyokong perhimpunan ini telah ditahan dan 105 lagi dibawa untuk proses dokumentasi.
4000 anggota polis termasuk 640 FRU dan 500 polis trafik ditugaskan sekitar Jalan Ampang. 3 Jalan masuk ditutup seawal 3 pagi iaitu persimpangan Jalan Ampang - Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Besar Kuala Lumpur. Sehingga 27 November 2007, seramai 136 penyokong perhimpunan ini telah ditahan dan 105 lagi dibawa untuk proses dokumentasi.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Sebagai konklusinya, perhimpunan boleh dilakukan dengan aman jikalau setiap individu yang menyertai perhimpunan tersebut menggamalkan sikap seperti berikut :
- hormat-menghormati
- toleransi
- bertanggungjawab
Manakala pelbagai inisiatif boleh dilakukan agar perhimpunan yang dijalankan tidak berlaku sebarang pergaduhan dan kemalangan. Antaranya ialah :
- diadakan di dewan tertutup
- setiap peserta yang menyertai perhimpunan diwajibkan menandatagani surat aku janji akan berhimpun secara aman
- setiap peserta hendaklah berfikiran rasional dan tidak terlalu mengikut perasaan semata-mata.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
SEJARAH KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.
Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.
ISI-ISI
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula epelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
• J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
• Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah
banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
• Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
• Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India
•. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
• Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
• Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka.berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeriMelayu
•Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka
•Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas pilihan raya 1969 disebabkan parti-parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan , namun kemenangan merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya . Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu tertentu. Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya .
Rentetan peristiwa itu, DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO yang rasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati membakar semangat setiap kaum sehinggalah membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan .Maka berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram. Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 malam perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan. Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Seterusnya tindak balas serta-merta yang diambil bagi memberhentikan keganasan ialah penangkapan tokoh-tokoh yang menyokong rusuhan ini mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik sekaligus mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang menyeluruh diambil bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970.
• Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
PEMERINTAHAN JEPUN
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.
RUMUSAN
Secara rumusnya, ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum kerana tiada persefahaman, tolak ansur, dan kasih sayang. Bagi merialisasikan intergrasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul kesefahaman dan tolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan pesat membangun.Keamanan juga dapat dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia.
Akhir sekali, setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan tidak rapuh dimamah zaman.
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)
DASAR EKONOMI
Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.
Objektif
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat.Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90).Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969.Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di Negara ini.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak¬seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan Negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.
Rancangan Malaysia (RM)
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC
Pertubuhan persidangan Negara-Negara Islam atau Organisation Of Islamic Conference (OIC) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.
Malaysia merupakan salah sebuah Negara pengasa OIC yang sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktivitinya.
Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada Negara Islam dan umatnya diseluruh dunia.
Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.
Malaysia amat giat dalam pembangunan OIC seperti pertubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh Negara-Negara Islam.
Antara peranan Malaysia ialah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina serta membangunkan ekonomi dan social Afrika, iaitu dengan membina infrastrukur ekonomi dan pembangunan di Negara itu.
Malaysia juga telah membuat pelaburan dalam industry minyak dan gas di beberapa buah Negara OIC seperti di iran.
Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara Negara islam ,Malaysia telah menganjurkan musabaqah Tilawah al-Quran ( pertandingan membaca al-Quran ) pada setiap tahun.
Usaha ini diteruskan lagi dengan mengadakan program Nida UI Islam sebagai langkah untuk menyebarluaskan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Malaysia juga teah diberi kepercayaan untuk menubuhkan dan menerajui theEminent Persons Group yang bertujuan menyediakan pelan tindakan bagi membolehkan umat islam menghadapi cabaran abad ke-21.
Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat khas pada peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah pada April 2004.
Mesyuarat tersebut bertujuan membncangkan masalah di Pelstin dan Iraq.
Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah.
Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Negara-Negara anggota OIC perlu menentukan apa-apa ang hendak dilakukan bagi membebaskan ummah daripada belenggu kemiskinan ilmu pengetahuan ,harta dan sebagainya.
Perdana Menteri menggariskan sembilan tindakan yang sangat perlu dilaksanakan seperti yang berikut:-
A) Usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan Negara anggota serta rakyatnya ,iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.
B) Perlu melaksanakan langkah-langkah untuk membina keupayaan bagi membolehkan semua orang,terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya .
C) Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
D) Mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan Negara anggota secara serius sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global.
E) Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah,memupuk urus tadbir ang baik,peningkatan ketelusan dan akauntabiliti.
F) Bersungguh-sungguh menyakinkan dunia bahawa Islam ialah agama yang toleran,mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.
~THE END~